Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.
Firman Allah SWT:
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang
yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari
Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah
[dengan mengerjakan solat Jumaat, dan tinggalkanlah berjual beli [pada
saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui
[hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9).........
Syarat- syarat bagi menunaikan solat jumaat ni
pula...
Syarat sah solat jumaat
Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telahpun duduk di atas mimbar. Berkata imam An-Nawawi yang maknanya : “Berkata Ash-hab Syafi‘ieyah: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah ditegah untuk memulakan sembahyang sunat, mereka menaqal bahawa telah ijma‘ ulama dalam perkara ini. Dan berkata Pengarang al-Hawi: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah haram ke atas orang yang berada di dalam masjid untuk memulakan sembahyang sunat, jika waktu itu dia sedang di dalam sembahyang hendaklah dia duduk (berhenti)”(Al-Majmu‘: 4/472). Haram mendirikan sembahyang sama ada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sunat sekalipun qadha sembahyang itu wajib disegerakan. Umapamanya orang yang meninggalkan sembahyang Subuh tanpa sebarang uzur, maka haram dia melakukan qadha Subuh itu sejak dari waktu duduknya imam itu sekalipun sebelum dia membacakan khutbah. Atau sekalipun dia yakin yang dia boleh selesai dan sempat mengikuti permulaan khutbah, sebagaimana yang telah dii‘timadkan oleh al-Ramli dalam Fatawanya. (Fathul ‘Allam 3/111) |
No comments:
Post a Comment